Monday, September 24, 2012

Saya & Sesiapa

Tadi pagi saya sudah bentang Kajian Tindakan saya. Itu pun cuma pra pembentangan sahaja. Lusa barulah sesi pembentangan yang sebenarnya. Kajian Tindakan ini biasanya disebut AR (Action Research) sahaja. Ia adalah salah satu projek wajip untuk melayakkan saya mendapat segulung ijazah bila tamat pengajian nanti. 



Tidak sangka  setelah bertungkus lumus, akhirnya AR saya siap juga. Dan setelah pra-pembentangan tadi saya rasa lega sedikit. Sedikit sajalah! Sebab pembentangan sebenar belum tiba lagi. Hampir 5 tahun setengah saya menuntut ilmu perguruan (bukan perguruan persilatan ok) di sini. Satu tempoh masa yang agak lama. Kalau bayi lahir semasa saya masuk ke sini mungkin sekarang dia sudah pandai naik basikal lepas tangan.


Jadi, sebelum menamatkan karier saya sebagai guru pelatih di sini, saya akan kongsikan suka duka pahit manis senda tawa sepanjang saya di sini. Hanya sebagai renungan dan tatapan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Semua nama di dalam cerita dongeng ini nanti hanya samaran semata-mata dan jika ia ada bersangkut paut dengan anda, ia adalah KEBETULAN semata-mata. Hehehe~

Teruskanlah membaca kerana ini adalah kisah Saya & Sesiapa...


BERSAMBUNG....